About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Wednesday 31 December 2014

PUTRAJAYA SENTRAL:Parking Murah Ke KLIA/KLIA2

Hi. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2014 merupakan tahun yang sedih buat negara kita Malaysia. Macam2 perkara berlaku dalam tahun ni. Antaranya kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri, tragedi MH17 yang aku rasa ada sesuatu yang disembunyikan dan terbaru negara dilanda banjir yang maha dahsyat. Kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang bukan sedikit. Dan negeri yang paling teruk setakat hari ini ialah negeri kelantan. Jika dilihat dari video serta gambar yang dikongsikan di facebook or whatsapp memang amat menyayat hati. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan dan kesusahan mereka menghadapi ujian Allah ini. Sama2 lah kita berdoa dan menderma untuk kemudahan dan kesejahteraan mereka. Semoga musibah ini memberikan kebaikan buat mereka semua. Ada sesuatu yang tuhan janjikan buat mereka. I always believe everything happens for a reason. Dan aku juga merasa agak sedih dengan stigma masyarakat hari ini terutama warga facebook yang pada saat yang sukar ini gemar untuk mengeruhkan keadaan dengan mencari salah orang lain. Ada yang sibuk pasal PM tak prihatin lah, orang lain tak prihatin lah, kerajaan lemah lah, pembangkang menangguk di air keruh lah. Kenapa kita perlu melihat pada orang lain. Dalam waktu2 begini kita tak perlu menuding jari mencari salah orang lain atau apa yang orang lain buat. Pada aku kita perlu fikir apa yang KITA buat. Ada tak kita balik ke kampung tolong orang yang kena banjir, ada tak kita derma kan pakaian atau duit ringgit kepada pertubuhan2 atau orang yang ingin membantu mangsa banjir atau ada tak kita sendiri punya ikhtiar untuk mengutip derma dan pergi ke tempat pemindahan banjir membantu mangsa2 banjir. Ini tak sibuk duk update status di facebook cakap pasal orang lain tak peka, orang lain tak endah. Itu tidak membantu. Kita tidak mampu mengubah orang lain tetapi kita hanya boleh mengubah diri kita. Seperti kata orang yang hebat "everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing him/herself.




Itu mukadimah je. Anyway, aku dah start tulis post ni dari 2014 tapi tak sempat siap jadi hari ni aku sambung balik pada 1.1.2015. Selamat tahun baru semua. Semoga tahun ini jadi tahun yang lebih baik buat kita semua. Sempena hari pertama 2015 ni aku ade beberapa azam baru yang diharapkan berjaya untuk dilaksanakan lah. Antara azam tahun baru aku tahun ni ialah untuk menjadi lebih positif, rajin, ikhlas dan kurus (Lol)! Kurus tu setiap tahun berazam tapi setiap tahun jugak kena carry forward. Susah juga duk malaysia ni banyak sangat makanan sesedap. 

Cerita panjang2 ni sebenarnya nak cerita isi dia pendek je. Hehe. Straight to the point lah. Baru2 ni aku ke Ho Chi Minh City, Vietnam (HCMC) lebih kurang 4 hari. Syada dah pergi dulu sehari awal dengan kawan die michelle (nanti aku cerita pasal hcmc dalam post lain). Aku pun gerak sorang2 lah ke KLIA. Bila travel ni selain tiket flight parking pun penting jugak. Selalunya kalau kitorang travel antara method yang digunakan ialah call teksi datang amek kat rumah (ni selalunya kalau flight tengah malam atau awal pagi. Harga lebih kurang rm100++ sehala dari Sungai Buloh ke KLIA/LCCT/KLIA2. Cara ke dua ialah tinggal kereta kat ofis syada dan naik cab ke KL Central dan ambil ERL (naek bas pun boleh tapi kitorg selalunya memang lambat jadi nak cepat sampai kena naik ERL lah). Harga ERL lebih kurang rm35 to KLIA sehala dan bas lebih kurang rm9 sehala. Cara ketiga ialah drive terus sampai ke airport dan parking kat sana. Cara ni memang paling cepat dan mudah tetapi paling mahal. Normal rate kitorg kena selalunya memang rm100++ samaada LCCT atau KLIA. KLIA2 tak pernah try lagi. Dan cara terkini yang aku jumpe untuk jimat duit parking ialah parking di PUTRAJAYA CENTRAL. Yes. Masa nak ke HCMC haritu aku google2 lah parking murah klia bla bla bla. Sekali terjumpa satu blog ni. Die cakap parking kat Putrajaya Sentral lepastu naik ERL ke KLIA/KLIA2. Aku pun cuba lah haritu. Seriously memang murah gile. Total parking dan ERL rm28.4o SAHAJA. Diulangi rm28.40 SAHAJA. Selama 4 hari. Memang jimat lah kan. Kalau park kat KLIA mau kena rm200 kot. Tapi kite kena drive dan cari Putrajaya Sentral lah. Tak susah mane aku ikot waze je haritu. Cuma perlu keluar awal sket dan tau train schedule. Perjalanan dari PS ke KLIA pun tak lama. Bagi aku this is the best way untuk jimat parking lah. Tapi kalau duit banyak dan tak nak jimat boleh je park tros kat airport. Lol. Hope post kali ni dapat membantu korang berjimat dan terus travel ke destinasi2 idaman masing2. Terima kasih kepada blog yang berkongsi tips ni haritu (lupa nama). Jika ada sebarang pertanyaan boleh bertanya di ruangan komen di bawah atau nak lebih cepat follow aku di instagram dan get in touch. My most active social media is instragram :) Terima kasih kerana sudi membaca. Have a good day! 
Selamat tahun baru 2015! 

Terminal Putrajaya Sentral yang awesome 
Dalam train ERL orang agak ramai masa aku naik
Aku suka snap gambar stranger
Tempat menunggu ke arah KLIA/KLIA2
Train dah sampai. lets go to the airport everybody!
Guess what as you can see harga parking aku ialah rm14 sahaja dan ticket train RM6.20 sampai KLIA. Total semua sekali jadi rm14+rm12.40=rm28.40 sahaja. hmm. Aku park dari 24-28 december 2014. hmm.
Harga tiket dari Putrajaya Sentral ialah RM6.20 sehala
Jadual perjalanan terkini train aku ambil dari google. Untuk lebih kepastian boleh call terus untuk tanya mereka.

1 comment:

  1. Gelenggang KLIA Transit House menyediakan Penginapan & Parking Transit pada harga yang berpatutan. Harga Transit Parking hanyalah RM20.00 sehari termasuk hantar/ambik di Airport. T&C Apply.

    Kalau rumah jauh sangat boleh la bermalam di Homestay kami dulu esok kami hantar. Buat masa sekarang parking terhad 10 biji kereta dan boleh booking online. Sila layari www.gelenggang.com untuk keterangan lanjut atau whats apps kami 012 303 6203.

    ReplyDelete