About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Monday 2 March 2015

Amsterdam: My first Euro trip in 2013

Hello everyone,

Post kali ni pendek je. Tak sempat nak taip story panjang2. Agak panjang jugak cerita masa kat Amsterdam. Dari kisah phone aku yang hilang kat Paris malam sebelum bertolak ke Amsterdam. Dan kisah kawan aku raman kena tahan ngan immigration sane mase kitorang nak naik flight balik ke London. Boleh tahan drama lah. Haha. Naseb baik sempat kejar flight. Kalau tak entahlah jadi apa ngan kitorang haritu. Nanti if ade masa aku akan cuba buat story pasal euro trip aku dulu. Overall Amsterdam sangat best. Udara segar sebab diorang memilih basikal sebagai pengangkutan utama. Selain "stone" dengan cara organik iaitu dengan menghisap ganja secara legal. Lol. Kat sana hisap ganja macam hisap rokok je. Jadi tak hairan lah aku pernah baca amsterdam dikenali sebagai bandar paling happy di dunia. Antara tempat yang aku sempat pergi masa kat Amsterdam ialah Van Gogh museum, Iamsterdam, zoo (ni paling best wajib pergi), red light district (18sx) , pasar karat, naik canal dan anne frank museum selain merasa gula2 weed. Amsterdam ialah bandar yang bersih, tenang dan bebas. Orang2 nya sangat baik dan friendly. Kalau di London ramai orang Malaysia di Amsterdam pulak ramai orang Indonesia. Bila jumpa orang tempatan mesti diorang akan tanya "are you indonesian?" Diorang lebih biasa dengan orang Indonesia sebab Belanda pernah menjajah Indonesia suatu masa dulu seperti mana kita dijajah oleh British. Dan ramai jugak orang Belanda yang aku jumpa boleh bercakap bahasa Indonesia. Tapi kebanyakannya orang tua lah. Orang muda mungkin tak sangat kot. Tapi kalau orang tua diorang macam excited sket dengan orang malaysia or indonesia:)