About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Sunday 2 October 2016

Cuti dan Makan di Hatyai: Memandu Kereta (Road Trip) ke Hatyai, Thailand melalui Durian Burung,Kedah



Assalamualaikum dan Hello Travelers,

Baru-baru ini Aku, Syada, Mak Syada dan Maktam Syada telah berkelana "roadtrip" secara redah ke Hatyai, Thailand. Dengan menaiki kereta Myvi aku, kitorang berjaya juga sampai ke Hatyai dengan selamat! Alhamdulillah.

Plan asal ialah untuk pergi kenduri jiran kitorang yang berasal dari Thailand dan menetap serta berniaga di Malaysia ni. Mak syada memang rapat dengan keluarga diorang sejak dari zaman bapa diorang lagi. Menurut cerita mak, diorang dah tinggal di rumah kat Malaysia ni sebelum keluarga Syada pindah situ lagi. Lebih kurang 20 tahun dah kot.

Jadi, kerana terlalu mesra dan rapat dia jemput mak pergi kenduri kahwin anak lelaki dia di sana. Mak syada sangat teruja nak pergi. Kitorang pun teruja juga sebab dah lama tak travel luar Malaysia dan tak pernah drive luar dari Malaysia. Kitorang pun mula lah research cara-cara untuk drive ke Thailand dan sebagainya. Dengan hanya berbekalkan satu kad kahwin dalam bahasa Thailand yang diorang bagi, kitorang pun main teka dan agak-agak je lah. Lol. Yang bestnya diorang pun tak tahu nak explain bagitahu apa nama tempat diorang tinggal di Thailand tu! Terpaksalah main gamble redah je sampai sana. Tapi dia ada cakap suruh kitorang masuk ikut Durian Burung di Kedah lebih dekat nak ke rumah dia.

Dah alang-alang pergi Thailand kitorang pun decide untuk terus pergi Hatyai lepas kenduri. Kira tidur sana dan boleh lah jalan-jalan or shopping terus. Dah check-check kira-kira tak jauh sangat dah dari Durian Burung tu nak ke Hatyai. Lebih kurang sejam lebih je. Tapi yang menjadi masalahnya bila check kat google map tengok macam takde jalan. Kitorang pun macam blur dan samar-samar lah macam mana agaknya perjalanan nanti.

Prepare punya prepare. Research punya research sampai lah pada hari bertolak. Kami bertolak seawal jam 4.40 pagi dari Sungai Buloh. Rabak juga lah. Sebabnya aku ada show di ATAS by Bijan FX, Kelana Jaya hari sebelum tu. Anyway, kalau korang minat muzik terutamanya indie/lokal music do check them out. Masa aku perform tu baru 2 bulan diorang beroperasi. Tapi banyak band best-best dah perform kat sana contohnya Bittersweet, Toko Kilat, Lailas Lounge dan banyak lagi. Disebabkan aku dah berjanji untuk show tu beberapa bulan sebelum tu, terpaksalah selesaikan show tu dulu walaupun masa tu aku masih lagi demam dan batuk-batuk. Anyway, please support my music too guys. Ni video aku kat Youtube dan korang jugak boleh purchase lagu ni di iTunes (http://itunes.apple.com/album/id1103860163?ls=1&app=itunes) atau pun stream di Spotify, Deezer or mana-mana streaming channel lain. Taip je ZHARM MUHAMAD ok! 


Ok sambung!

Selesai show dan lepak jap tengok performer lain lebih kurang jam 11 aku dan syada terus balik rumah dan tidur. Kitorang set alarm kul 3 pagi nak bangun. Phew! Haha. Tapi sekali syada bangun 3.30, aku pulak 4.00 pagi! Bersiap-siap mandi semua jam 4.40 pagi kitorang pun gerak ke Taiping dulu untuk ambil Maktam. Mak syada plan ajak Maktam sekali sebab Maktam baru balik umrah, passport pun masih ok lagi. At least ada kawan nanti kat sana. 

Dalam jam 7 lebih kitorang sampai Taiping. Lepas ambil Maktam, terus gerak masuk highway Kamunting. Untuk ke Durian Durung kita kena lalu ikut Alor Setar-Kuala Nerang-Padang Terap-Padang Sanai. Sampai di Kuala Nerang kitorang berhenti isi minyak penuh sebab orang kata kat Thailand nanti minyak mahal. Dari Kuala Nerang dah tak jauh dah nak sampai Imigresen. So, kat sini elok lah berhenti untuk buat insurans kereta untuk masuk Thailand sekali. Kami buat di satu kedai motor lepas Shell dan jambatan di Kuala Nerang. Harga insurans tersebut ialah rm40.00 dan boleh pakai selama 3 bulan.

Untuk ke Thailand banyak border yang kita boleh gunakan. Antara yang terkenal ialah Bukit Kayu Hitam di Kedah (BKH), Padang Besar di Perlis dan Rantau panjang di Kelantan. Durian Burung ni tak terkenal sangat sebab dia border baru. Dibuka pada tahun 2010 bersamaan 6 tahun lalu. That is why aku recommend korang untuk lalu sana. Less crowded compare tu BKH. Balik dari Hatyai, aku lalu BKH pula. Sebab nak singgah danok. Tapi seriously, memang azab beratur dalam kereta. Sebab perlu beratur dengan lori-lori gedabak. Faktornya ialah kerana Danok merupakan tempat orang-orang berniaga ambil barang. Masuk je border memang terus jumpa Danok. Sebab tulah kot ramai sangat orang masuk dari BKH ni.


Ini flow ketika nak melintas di border:

Pastikan semua dokumen disediakan (passport, salinan geran kereta, surat kebenaran membawa kenderaan (jika kereta tersebut bukan kita punya), insurans yang beli kat kedah tadi, duit rm1(rm2 kalau guna BKH).
P/S: Tapi pastikan check dulu hari apa sebab Jumaat Kedah cuti takut kedai-kedai sana tutup nanti tak dapat nak beli insuran pula. Dan check waktu tutup border. Kalau tak salah Durian Burung hanya sampai jam 6 Petang.

1. Kita akan lalu pemeriksaan Malaysia dulu. Lalu je terus dengan kereta. Takde masalah langsung kat sini!

2. Beberapa meter lepas tu kita akan jumpa Imigresen Thailand dah. Park kereta di tepi-tepi mana yang boleh.

3. Jalan kaki masuk ke dalam untuk ambil kad arrival & departure dan borang bawak kereta. Kalau tak tahu boleh tanya pegawai kat situ.

4. Isikan semua borang-borang tersebut. Kalau tak faham boleh tanya ada sorang akak dekat depan tu. Ada satu meja kat situ kerja dia tolong isikan borang untuk orang. Rasanya perlu bayar RM1 untuk satu borang. kalau tak nak fikir suruh je dia isikan. aku isi sendiri je haritu. 

5. Lepas dah isi, beratur untuk hantar borang tu balik kepada imigresen tadi. Proses kat sini mungkin lama sikit bergantung kepada pegawai imigresen dan jumlah orang haritu. Kat sini sediakan passport yang diselitkan RM1 setiap passport. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi bila google semua orang cakap macamtu so aku buat je lah. Lol. Bila dah nampak duit dalam tu layanan dia akan jadi lain sikit. Automatik suara dia jadi lembut tetiba. Kalau tak sebelum tu mungkin dia macam nak tak nak je layan kita.Lantaklah kan. Asalkan dia cop kau punya passport dan borang-borang tu semua sudah! Haha

6. Lepas dah setel kat situ, bawak passport yang dah cop, geran kereta dan insuran pergi ke kotak kastam pulak. Yang ni berada di luar. Jadi kena jalan kaki dulu. 

7. Lepas kastam dah cop dan sahkan boleh lah ambik kereta dan terus jalan slow-slow lalu imigresen dan kastam balik. Tunjuk je passport yang dah dicop tadi terus masuk ke Thailand! Yeay!

Ok. Bila dah masuk Thailand tu kita sebenarnya berada di Banprakop. Untuk ke Hatyai kita perlu mencari signboard menuju ke Na Thawi. Jangan risau tulisan dia ada dalam huruf rumi. Ikut je signboard Na Thawi tu sampai pekan, nanti cari pulak signboard tulis Cha na. Ikutlah lah signboard sampai jumpa pekan. Nanti korang akan nampak pulak signboard Hatyai kiri, Pattani kanan. Ikutlah lah signboard Hatyai tu. Jangan takut sesat tapi takutlah dengan jalan dia yang tak berapa cantik. Tapi takdelah teruk sangat. Jalan bertar tapi ada kawasan tertentu yang teruk. Dah nampak teruk tu perlahankan lah kereta ye. Biar lambat asal selamat. Kalau takut sesat ke salah jalan ke boleh berhenti tanya je orang. Kat area sini ramai orang yang boleh cakap bahasa melayu tapi bunyi siam/kelantan/kedah sikit lah. Kalau boleh tanya orang pakai tudung. Sebab selalunya diorang boleh cakap bahasa melayu. Tanya je nak pergi Hatyai. Yang penting lepas je kastam tadi terus cari signboard Na Thawi. Then Cha Na, Pastu baru ada signboard Hatyai. Aku masa tu cuma tunjuk kad kenduri je kat pegawai Kastam kat border. Dia lah yang ajar macam tu. Alhamdulillah jumpa rumah kenduri dan selamat sampai Hatyai.

Apa yang menarik di Hatyai:

1. Floating market

  • Khlong Hae ialah yang paling famous di hatyai!

2. Shopping

  • Lee Garden Plaza area , Central Festival, Asean Night Market, Kimyong Market dan banyak lagi pasar-pasar tepi jalan. Pasar-pasar ni menjual macam-macam benda seperti pakaian, makanan, buah-buahan dan souvenirs.

3. Makanan

  • Antara restoran halal yang famous ialah Restoran Hamid tak jauh dari Lee Garden Plaza (orang kata mahal sikit), Salma Restauran depan Hamid (Sotong telur masin & kuay teow goreng sedap), Gerai Nasi Lemak depan Lee Garden (Dinner), Sulaiman restoran, Tamrab Muslim Restoran dan banyak lagi. Antara makanan yang wajib try di Hatyai ialah Pulut yang dimakan dengan mangga, durian atau ayam, Tomyam, Pad Thai, Pancake, Thai Tea dan macam-macam lagi.

4. Thai massage

  • Thai massage kat Thailand lebih murah dan ada di merata-rata. mesti cuba especially bila dah penat berjalan sehari suntuk.


5. Aktiviti lain

  • Naik cable car di Municipal Park, Explore Tokong (Wat) dan patung Buddha untuk blog/Instagram Photos, Check out Hatyai Train Station dan naik gajah di Chang Puak Camp.

Cara untuk explore Hatyai:

1. Naik tuk-tuk

  • Kos lebih kurang 20-25 baht satu trip.

2. Jalan kaki

  • Cara terbaik untuk Explore Hatyai. Cuma perlu sediakan map. Setiap tempat tak jauh sangat dan lebih senang nak jumpa benda-benda yang best bila jalan kaki. Tapi pastikan bawa air sebab Hatyai memang sangat panas!

3. Naik kereta

  • Cara ni sesuai kalau tak nak jalan sangat. Tapi sediakan duit untuk parking dan sedia untuk bersusah sikit mencari parking.
Penginapan di Hatyai:
  • Banyak hotel yang ada di Hatyai tapi kitorang pilih untuk stay di Red Planet Hotel ni sebab agak dekat dengan centre dan senang nak parking kereta. Diorang memang ada sediakan parking kat dalam hotel. Harganya murah dan tak jauh untuk ke Lee Garden Plaza area. Walking distance dalam 5 minit-1o minit je. Kelebihan hotel ni ialah bilik yang agak besar dan bersih. Tapi kekurangannya pula, it is just a basic room with TV,  wifi dan takde coffee/tea, kettle semua tu. Untuk tidur dan mandi memang selesa!
Hotel-hotel yang dekat dengan centre:
  • Centara Hotel
  • Buri Sriphu Boutique Hotel
  • The Color Hotel
  • Aloha Hotel
  • New Season Hotel
Road trip sebenarnya lebih jimat kalau pergi ramai-ramai. Jadi kalau korang student pun takde masalah untuk plan road trip untuk menghilangkan stress ketika belajar. Yang penting perlu ada Passport. Sekarang rm200 dah boleh pakai 5 tahun. nak buat pun tak lama 1 hari dah boleh siap. Pastu cari lah kawan 2-3 orang yang satu kepala baru best nak travel. Accommodation pun tak mahal sangat. Hotel yang kitorang tinggal cuma berharga rm80 untuk 2 orang satu bilik. Duduk 2 malam pun dah cukup untuk cover macam-macam. Jadi till next post. Selamat ber “Road Trip”!

Pemandangan dari tingkap Red Planet Hotel
Pasar di Lee Garden Plaza area. Meriah pada waktu malam.
Udang galah yang dijual di tepi jalan
Jalan di Hatyai waktu pagi sebelum  kesesakan bermula
Tuk tuk sedia untuk mengambil penumpang
Orang Thailand yang bersiap-siap bekerja mencari rezeki di awal pagi
Pemandangan di Hatyai
Craving for pulut makan dengan ayam, mangga & durian. Must try in Hatyai!
Jangan lupa follow @ifyoulikeyourcoffeehot di Instagram dan Facebook! 

Saturday 1 October 2016

Nasi Lemak Village Park: Nasi Lemak Sedap untuk breakfast di Damansara/Lembah klang!


Hello dan selamat hari raya everyone,
Macam mana dengan raya anda? Raya kali ni rasa macam ada yang kurang bagi aku sebab tak jumpa lemang lagi walaupun dah raya ke berapa ni. sedih! Tapi agak best sebab aku balik ke KL awal so raya ke 3 dah pergi breakfast nasi lemak di kedai favourite aku iaitu di Village Park Uptown Damansara.
So far this is the best nasi lemak aku pernah makan di KL. Tak tahu kalau ada yang lagi sedap tapi nasi lemak di Village Park pada aku mempunyai pakej sebagai nasi lemak yang lengkap. Nasi lemak nya dikukus dengan cukup enak, sambalnya pula pekat dan sedikit pedas juga cukup rasa, bahan-bahan asas nasi lemak lain seperti kacang, ikan bilis, timun dan telur rebus juga lengkap terhidang. Semua bahan-bahan tersebut juga segar dan rangup terutamanya ikan bilis dan kacangnya.

Namun begitu, yang paling mengancam sekali sudah semestinya ayam gorengnya. Ayam gorengnya mempunyai rasa ayam goreng berempah tersendiri. Kemudian, digoreng sehingga garing tepungnya melahirkan rasa tepung yang rangup. Ayam tersebut sentiasa panas disebabkan perlu sentiasa "direfill" sebab cepat sangat habisnya. Lol. 
Kalau anda jenis yang kurang sabar disarankan jangan pergi time peak hour. Peak hour ialah ketika waktu breakfast sekitar jam 8-11 pagi. Orang memang beratur panjang dan kadang-kadang siap kena tunggu orang lain yang dah habis makan bangun. Atau pun kalau datang 2 orang je boleh berkongsi meja dengan orang lain yang duduk berdua jugak. ha macamtulah. Sebab tulah ayam dia sentiasa panas. bila angkat je sebakul kejap je dah habis.
Anyway, selain nasi lemak, menu-menu lain pun sedap jugak. Syada suka nasi dagang dia. Selain itu, mee kari pun ok jugak. Mee kari macam di Village Park ni dah jarang jumpa kat tempat lain. Bahan-bahan yang ada dalam mee kari ni memang lengkap untuk semangkuk mee kari. Kadang-kadang bila makan mee kari kat tempat lain, dah takde nak jumpa kerang, tauhu atau fishcake, tapi kat sini masih ada semua yang patut ada dalam semangkuk mee kari. Kalau nak cuba menu lain, ada juga mee sup, kuih-muih tradisional dan lauk-pauk untuk dimakan dengan nasi putih.
Untuk air pula, yang paling famous kat sini ialah "Milo Dinasour", milo yang diblend dengan ais dan ditabur dengan milo di atasnya. selain menu air biasa seperti teh tarik, nescafe, sirap bandung dan sebagainya.
Harga bagi makanan di sini mungkin agak mahal jika dikira untuk satu kali breakfast. tapi sebenarnya agak berbaloi kerana portionnya juga agak besar. Harga bagi sepinggan nasi lemak dengan ayam goreng ialah rm9.00 dan harga segelas milo dinasour ialah rm5.80.

Yang menariknya juga, di kedai ini digantung gambar ownernya bersama selebriti, ahli sukan, ahli politik dan macam-macam gambar orang terkenal yang datang makan di sini. Nampak tak betapa sedapnya sampai public figure pun sanggup bersesak untuk mendapatkan sepinggan nasi lemak di Village Park. Antara figura terkenal yang pernah singgah makan di sini ialah Tun Dr Mahathir, Dato Seri Najib dan Isteri, Dato Lee Chong Wei dan Neelofa.




Village Park Famous Nasi Lemak Uptown Damansara Address and Contact:
5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Village Park Famous Nasi Lemak Uptown Damansara Opening Hour:
7am – 8pm (Mon-Sat)
7am – 6pm (Sun)