About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Thursday 5 February 2015

KGB (killer gourmet burger): Hidup ini terlalu pendek untuk burger yang teruk

Hello dan salam jumaat semua,

Apakah burger paling sedap korang pernah makan? Kalau orang tanya aku burger paling sedap aku pernah makan ialah burger kat london victoria station. Dia punya juicy tu sampai hari ni aku ingat.

Baru-baru ni aku ada jumpa satu kedai burger yang sedap kat malaysia ni yang setanding burger di luar negara terletak di bangsar. Nama kedai ni ialah kgb atau killer gourmet burger dengan mottonya seperti dalam tajuk di atas. Bagi aku burger kat sini memang sedap. Aku dah pergi 2 3 kali dan so far semua burger yang aku makan memenuhi citarasa. Burger dia American style dan patty die gebu dan tebal. Roti dia pulak memang lembut dan fluffy gittew.

Burger berharga lingkungan rm12-20 beserta set bersama air dan fries. Fries dia jenis besar2 dan ade pilihan rasa yang berbeza. Kitorang penah try cajun dan salt & pepper je. Aku suka salt and pepper punya fries. Fries didatangkan dengan cheese dipping sauce. Dan minuman pula ada coke, sprite dan mineral water. Style order diorang ialah ala2 mcd jugak kena beratur untuk order. Kemudian diorang akan hantar makanan ke meja. Btw, kalau datang sini kena speaking sebab pekerja diorang mostly foreigner yang tak reti cakap melayu. Jadi feeling2 macam makan burger kat oversea tu ade lah. Lol.

Kedai ni kecik je half dari kedai sebenar yang dikongsi dengan kedai lain. Tapi meja agak banyak boleh memuatkan lebih kurang 40-50 orang jugak dalam satu masa aku rasa. Kalau xde meja kita boleh order bungkus bawa balik. Diorang start berniaga jam 5pm hingga 10.30 pm untuk weekdays dan weekend dibuka seawal jam 12 tengah hari.

Kalau nak try boleh lah ke kedai yang terletak di jalan telawi 2 bangsar baru di belakang devi's corner ni. Alamatnya:

KGB Bangsar
Address: 23, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2201-1220
Opening hours: Mon & Wed – Thu: 5pm – 10.30pm, Fri – Sun: 12noon – 3pm, 6pm – 10.30pm (closed on Tuesday)






Boat Noodle: Sejenis makanan dari Thailand

Ramai yang bercerita tentang boat noodle yang semakin famous sekarang. Baru-baru ni aku ke Publika sebab rasa nak makan boat noodle lagi. Ini kali kedua aku makan boat noodle ni. Masa first time dulu dekat empire damansara dengan syada, fad dan diba. Baru-baru ni sebelum balik keje rasa macam teringin je jadi aku pun ajak syada try di publika pula. Balik dari keje aku teros gerak ke publika dan jumpa syada di sana. Boat noodle publika dan empire damansara ni adalah dari company yang sama tapi masa kat empire haritu ada 2 jenis iaitu kering dan berkuah. Tapi kat publika ni dua2 berkuah dan ada nama yang mewakili setiap satu iaitu Ayuthaya dan Phatumthani. Aku lebih suka Phatumthani. Tapi actually xde lah beza sangat kot rasa dia. Tapi kalau chef wan rasa mungkin die tau lah bezakan. Lol.





Boat noodle ade ayam dan daging jadi terpulang la mana yang korang suka. Dalam tu ada rice noodle, daging atau ayam yang dipotong kecik dan seketul chicken ball atau separuh meatball. Harga untuk semangkuk ialah rm1.90. Bunyi macam murah kan. Tapi mangkuk die kecik je. Dua kali suap je dah habis semangkuk tu. First round kitorg order 4 mangkuk je. Pastu tak cukup tambah lagi 4 mangkuk. Total kitorang makan sorang 4 mangkuk. Memang tak leh nak tambah dah. Kenyang. Overall bagi aku sedap lah sebab tu aku siap repeat datang lagi. Hehe. If nak datang aku sarankan datang time2 yang korang agak2 tak ramai orang. Aku haritu pergi malam time hari bekerja orang ramai jugak tapi tak perlu beratur. Sampai terus dapat meja. Masa aku pergi empire dulu siap beratur sebab meja penuh. Dan kebanyakkan blog yang aku baca pun cakap macam tu. Btw kalau korang pergi publika ade dua kedai boat noodle. Satu halal satu non halal. Yang tak halal tu Thai boat noodle. Yang halal pula namanya boat noodle sahaja. Kalau korang dah nampak yang non halal depan korang, jalan ke kanan terus sampai hujung nanti akan jumpa kedai yang halal siap ade cert halal dekat cashier die. Boleh lah ajak kawan pergi ramai2 pastu lawan siapa makan paling banyak. Lol. Jika korang nak try boleh cari boat noodle ni di alamat:
Publika Block C5, Level G3, Lot 30a