Boat noodle ade ayam dan daging jadi terpulang la mana yang korang suka. Dalam tu ada rice noodle, daging atau ayam yang dipotong kecik dan seketul chicken ball atau separuh meatball. Harga untuk semangkuk ialah rm1.90. Bunyi macam murah kan. Tapi mangkuk die kecik je. Dua kali suap je dah habis semangkuk tu. First round kitorg order 4 mangkuk je. Pastu tak cukup tambah lagi 4 mangkuk. Total kitorang makan sorang 4 mangkuk. Memang tak leh nak tambah dah. Kenyang. Overall bagi aku sedap lah sebab tu aku siap repeat datang lagi. Hehe. If nak datang aku sarankan datang time2 yang korang agak2 tak ramai orang. Aku haritu pergi malam time hari bekerja orang ramai jugak tapi tak perlu beratur. Sampai terus dapat meja. Masa aku pergi empire dulu siap beratur sebab meja penuh. Dan kebanyakkan blog yang aku baca pun cakap macam tu. Btw kalau korang pergi publika ade dua kedai boat noodle. Satu halal satu non halal. Yang tak halal tu Thai boat noodle. Yang halal pula namanya boat noodle sahaja. Kalau korang dah nampak yang non halal depan korang, jalan ke kanan terus sampai hujung nanti akan jumpa kedai yang halal siap ade cert halal dekat cashier die. Boleh lah ajak kawan pergi ramai2 pastu lawan siapa makan paling banyak. Lol. Jika korang nak try boleh cari boat noodle ni di alamat:
Publika Block C5, Level G3, Lot 30a
No comments:
Post a Comment