About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Thursday 5 February 2015

KGB (killer gourmet burger): Hidup ini terlalu pendek untuk burger yang teruk

Hello dan salam jumaat semua,

Apakah burger paling sedap korang pernah makan? Kalau orang tanya aku burger paling sedap aku pernah makan ialah burger kat london victoria station. Dia punya juicy tu sampai hari ni aku ingat.

Baru-baru ni aku ada jumpa satu kedai burger yang sedap kat malaysia ni yang setanding burger di luar negara terletak di bangsar. Nama kedai ni ialah kgb atau killer gourmet burger dengan mottonya seperti dalam tajuk di atas. Bagi aku burger kat sini memang sedap. Aku dah pergi 2 3 kali dan so far semua burger yang aku makan memenuhi citarasa. Burger dia American style dan patty die gebu dan tebal. Roti dia pulak memang lembut dan fluffy gittew.

Burger berharga lingkungan rm12-20 beserta set bersama air dan fries. Fries dia jenis besar2 dan ade pilihan rasa yang berbeza. Kitorang penah try cajun dan salt & pepper je. Aku suka salt and pepper punya fries. Fries didatangkan dengan cheese dipping sauce. Dan minuman pula ada coke, sprite dan mineral water. Style order diorang ialah ala2 mcd jugak kena beratur untuk order. Kemudian diorang akan hantar makanan ke meja. Btw, kalau datang sini kena speaking sebab pekerja diorang mostly foreigner yang tak reti cakap melayu. Jadi feeling2 macam makan burger kat oversea tu ade lah. Lol.

Kedai ni kecik je half dari kedai sebenar yang dikongsi dengan kedai lain. Tapi meja agak banyak boleh memuatkan lebih kurang 40-50 orang jugak dalam satu masa aku rasa. Kalau xde meja kita boleh order bungkus bawa balik. Diorang start berniaga jam 5pm hingga 10.30 pm untuk weekdays dan weekend dibuka seawal jam 12 tengah hari.

Kalau nak try boleh lah ke kedai yang terletak di jalan telawi 2 bangsar baru di belakang devi's corner ni. Alamatnya:

KGB Bangsar
Address: 23, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2201-1220
Opening hours: Mon & Wed – Thu: 5pm – 10.30pm, Fri – Sun: 12noon – 3pm, 6pm – 10.30pm (closed on Tuesday)






No comments:

Post a Comment