About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Thursday 10 December 2015

Apa yang menarik di Bratislava: A day trip to Bratislava, Slovakia from Vienna



We took OBB train at Vienna Haupbanhof Station and departed at 9.21 am. Sampai di Bratislava Hlavna Stanica train station sejam kemudian sebelum ambil bas ke city. Tiket train €32 return untuk 2 orang including local transportation around Bratislava iaitu tram dan bas.

Compared to Vienna, Bratislava offers different vibe and absolutely cheaper as you can get a cup of coffee from vending machine for just €0.30. Syada nak beli poskad harganya cuma €1 untuk tiga keping. Kami tak jumpa this price in Vienna or even in previous cities (in Europe) we have visited before.

Agak mengecewakan sebab kami cuma spent time di sini for around 4 hours je disebabkan nak kejar few spots lagi di Vienna yang kami belum pergi. Inilah antara kekangan travel time winter, malam terlalu cepat. 4pm dah maghrib so wandering time pun jadi singkat. Esok pagi bakal bergerak ke Budapest, kena manfaatkan baki hours yang ada.

If you are coming to Vienna, don't forget to check out Bratislava. Mungkin tak sehavoc Vienna tapi it worth a visit since lokasinya dah dekat sangat dengan Vienna. Although they are a part of Europe, pastinya ia menampilkan budaya Slovakia yang berlainan berbanding budaya Austria.







Tuesday 1 December 2015

Sehari di Brussels, Belgium




Harini di Brussels. There is nothing much to do or see in Brussels. Tapi tetap cantik and worth coming. Datang sehari pun dah cukup kot nak cover Brussels. Macam kata flatmate Leo ni Brussels kecik je. "You should go to Bruges, Antwerp or maybe Gent too." 

Brussels atau Belgium ni agak unik sebab diorang takde bahasa sendiri. Ada 3 main language yang diorang pakai. Paling banyak ialah French and Dutch. Dan belah2 timur ada yang berinteraksi dengan bahasa Jerman. 

Apa yang aku notis orang islam agak ramai di Brussels. Mungkin negara bukan islam paling ramai orang islam aku pernah jumpa. Dan diorang kelihatan hidup bebas macam kat negara islam je dari mata aku. Tak nampak macam minority sangat. Even dalam tram, train & area shopping street pun tadi ada ramai sangat orang islam yang menjalani rutin hidup sama macam orang bukan islam.



Tapi apa pun askar masih ramai berjaga-jaga di banyak tempat sekitar Brussels sebab penangan terror alert haritu. So far askar-askar tu nampak ok je siap boleh diajak selfie (tapi sekali je). In fact masa kitorang makan kebab kat 1 kedai kat area Grand Place tiba-tiba ada 2 orang askar masuk. Aku ingatkan nak security check ke ape rupa-rupanya nak order kebab. Lol. Dan diorang lepak makan kat belakang kitorang dalam kedai tu.

Harini cuaca tak sejuk sangat jadi ok sikit berjalan. Cuma kaki agak melecet sebab hujan renyai-renyai membuatkan kaki basah dan kesejukan. Jadi hari ni selesai misi di Brussels walaupun tak berani nak try Belgian chocolate atau Churros sebab tak jumpa tempat yang meyakinkan. Lol. Esok tengah hari kami akan fly ke Berlin, Germany.

Selamat malam!

-6.59pm, Rue Leopold, Bockstael, Brussels, Belgium-