About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Saturday 21 November 2015

Minggu Terakhir Sebelum Berlepas ke Europe

Bag dah ready!

Tinggal beberapa hari je lagi sebelum aku fly ke Europe untuk trip #nomadiczharmsyada (hashtag untuk trip kalini) selama sebulan. Macam-macam perasaan ada. Happy and excited tu confirmlah. Tapi cuak pun ada. Sebabnya, ada pulak kes bom di Paris pada 13 November lepas. Harap-harap semuanya berjalan lancar nanti.

Trip kalini aku anggap sebagai trip yang agak gila dan gamble. Dahlah budget sangat tight, confident pulak kitorang nak pergi sebulan. Tapi kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Idea nak travel sebulan ni pun adalah disebabkan Syada dah quit full time job dan aku pulak memang cuti sekolah selama sebulan jadi kami pun proceed dengan plan ni. Sebelum ni cuma berangan sebab macam takkan mungkinlah Syada nak dapat cuti sebulan. Alhamdulillah, impian ini bakal jadi realiti, insyaAllah.

If Not Now, When?


Secara ringkasnya, untuk trip kalini, kami akan tour beberapa negara di Europe dan menutup trip kitorang dengan Aurora Borealis dan Boxing Day! Wuhuu... Memandangkan kami beli tiket flight pergi balik KL-Amsterdam maka kami akan bermula dan mengakhiri trip ini di Amsterdam. Flight kalini adalah Etihad Airways yang akan mendarat dan berlepas di Amsterdam Schipol Airport.

Amsterdam from my last Europe Trip

Dari Amsterdam kami akan ke terus lokasi pertama iaitu ke Den Haag yang memakan masa lebih kurang sejam dari airport. Di Den Haag, aku akan menginap di rumah host Couchsurfing. Host ni orang Singapore yang kerja kat sana. Thanks a lot Mr Abu yang sangat baik hati bagi kami tempat berteduh. Hehe. Dan semalam kami dapat lagi satu confirmation untuk couchsurf di Prague. Banyak jugak host couchsurfing yang kitorang approach dan banyak juga yang declined. Masih lagi menunggu kalau-kalau host yang belum respon tu boleh hostkan kitorang sebab trip kalini temanya berjimat. Lol. Cuma sekarang agak susah sebab bulan depan Krismas jadi diorang kat sana ramai yang balik kampung awal ataupun rumah diorang dah penuh dengan saudara mara. Kalau takde jugak couch mungkin kitorang akan cari backpackers hostel je.

Untuk transport around Europe pulak, banyak yang dah beres kecuali local transport. Mungkin beli kat sana je nanti. Cuma yang agak merisaukan adalah kalau tetiba flight delay or cancel. Plan akan lari dan budget pun mungkin akan lari jugak. Semalam Mr Abu share news pasal Brussels tengah berjaga-jaga dengan terror alert tahap 4 iaitu tahap maksimum sebab kononnya ada sorang terrorist lari ke Brussels. Aku akan ke Brussels beberapa hari sebelum gerak naik flight ke Berlin. Hopefully apa yang dirancang berjalan lancar. Bak kata orang sekarang, harap-harap Allah setuju. Amin.

So far, banyak juga pengisian aktiviti yang dah dirancang dan InsyaAllah aku akan update kalau ada masa kat sana nanti. Doakan keselamatan dan kelancaran trip kami!

Antara bekal yang akan dibawa ke Europe kali ni


Mr Abu kata gambar ni dah macam kat Scheveningen Beach. Kita tengok cemane!

Tuesday 3 November 2015

It's been a while

Agak lama aku takde post benda baru. Banyak benda baru sebenarnya terutamanya port2 makan tapi tak sempat nak menulis. Tentang travel, last aku pergi langkawi je bulan puasa haritu sebelum tu ke philipines. Dan InsyaAllah hujung bulan november nanti akan fly pergi europe untuk percutian musim sejuk kali pertama aku dan syada.

Malam ni baru balik lepak ngan raman kat area Sri Rampai borak2 pasal teater yang baru je kami buat baru2 ni iaitu teater kanak2 anak si tukang kayu. Itu antara latest projek yang aku buat. Tahun ni jugak aku agak kurang perform di event2 lokal. Projek teater ni dah start dari lepas raya haritu sampai musim cuti jerebu pun kitorang sibuk berlatih. Alhamdulillah selesai dua pementasan di DBP dan UM. 

So, untuk masa ni aku sedang busy dengan kerja2 di sekolah dan planning untuk europe trip kedua aku dan syada je. Untuk gambar nanti bolehlah usha di #nomadiczharmsyada #malaysiancoupletakeseurope & #teacherandwriter di instagram. 


For more updates follow me on instagram: zharmmuhamad

Good night😴