Post hari ini tentang makanan kegemaran rakyat malaysia iaitu nasi kandar. Sebut pasal nasi kandar mesti dalam kepala terus terbayang Penang kan. Penang merupakan pengeluar nasi kandar yang paling popular kot. Antara nasi kandar yang femes kat Penang termasuklah Line clear, Beratur, Kayu Nasi Kandar dan Hameediyah. Selain Penang sebenarnya negeri-negeri lain pun ada juga nasi kandar yang terkenal antaranya di Ipoh dengan Nasi Ganja atau Vanggey nya, di Shah Alam dengan Nasi Hakim dan macam-macam lagi, di Kuantan dengan Restoran Alif dan banyak lagi nasi kandar di negeri2 lain di Malaysia ni. Kalau dah kat negeri2 lain pun banyak apatah lagi kat KL ni betoi dak.
Nasi Kandar Hameediyah di Penang |
Nasi Kandar di Ali Maju Sri Rampai |
![]() |
Pengunjung beratur untuk ambil makanan |
Kalau korang nak try boleh lah berkunjung ke kedai rare ni yang terletak di tepi jalan di bawah pokok di belakang restoran syed bistro di Bangsar Lucky Garden. Kalau tak tau Syed Bistro kat mana die terletak di belakang2 Restoran Mahbub. Selamat mencuba dan ceritakan pengalaman korang pula. Have a good day:)
Update: Aku dah try kari kepala ikan kat sini beberapa kali. Memang terangkat. Tapi pastikan makan ramai-ramai sebab kepala ikannya sangat besar. Harga bermula dari serendah rm20 bergantung pada size dan jenis ikan. Ada ikan siakap, merah, kerapu dan macam-macam lagi. Dan yang bestnya masa bulan puasa haritu kami sempat ke sana untuk bungkus kari kepala ikan, taukenya Anuar siap bagi free beberapa ketul ayam goreng. Semoga beliau dimurahkan rezeki. Hehe
bau kari dia 2 hari baru hilang..hehe
ReplyDeletehahaha. Thank you for reading my blog mister. It made my day!
DeleteUr welcome bro! Do write some more..keep it up!
ReplyDelete