About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Saturday 4 March 2017

Bondi Beach: Pantai cantik dan menarik di Sydney Australia

Hello everyone

Thanks for dropping by. Its been a great start for me since beberapa bulan lepas. Terima kasih banyak atas sokongan semua yang sudi baca blog ni. Harap2 korang ok jela baca apa yang aku tulis. Banyak perkara yang akan cuba dikongsikan di sini. Enjoy reading!

Dah berapa post sebelum ni asyik cerita pasal food je kan. Jadi untuk kali ni aku akan tulis pasal travel pulak. Topik yang akan dikupas kali ni adalah sebuah pantai yang wajib dilawati jika ke Sydney Australia. Australia ni antara negara omputeh yang dikira paling dekat dengan Malaysia dan ada banyak pantai yang menarik selain kos yang boleh dikatakan murahla jugak jika dibandingkan dengan Europe.




Pantai adalah antara tempat yang aku suka pergi bila travel ke luar negara. Bukan sebab pantai kat Malaysia tak best cuma feel dia beza sikit. Kat Malaysia memang tiptop lagi2 kat pulau macam perhentian, redang dan pulau2 kat sabah. Tapi kat Australia ni, best dia tang cuacalah especially kalau pegi musim spring nak masuk summer. Di Australia ada banyak pantai menarik contohnya Manly, Coogee, Bronte, Maroubra dan banyak lagi. Tapi yang paling terkenal mestilah Bondi Beach (sebutan dia bondai) yang terletak di New South Wales.



Bondi Beach merupakan lokasi warga sydney chillax petang2 atau hujung minggu. Kat sydney ni best sebab diorang kerja sampai petang je. Takde istilah kerja overtime sampai malam. Dan public transport kat sana sangat efisyen jadi takde hal kalau setakat balik kerja nak terus lepak pantai ni. Diorang tak perlu drive redah jem keluar ofis jam 5 petang 10 malam baru sampai rumah. Aku rasa kalau kerja kat city nak ke bondi beach ade lah dalam 15-20 minit je kot. Silap2 tak sampai pun.




Apa yang best kat bondi ni? Macam2 ada. Waktu aku pergi tu time nak masuk summer so cuaca memang cantik dan best lah. Sunny and windy. Sejuk gile macam pasang aircond. Lol. Serius memang sejuk aku tak paham macam mane diorang mat saleh ni boleh tahan main air sejuk2 tu. Selain itu, kat sini kita boleh tengok ramai gile orang surfing. Semua duk bawak surf board masing2. Kat sini juga ade skate park yang agak besar. Ramai lah dak2 skate Sydney main skate kat sini. Ada orang joging, cycling dan bawa anjing bersiar2. Ada jugak orang main bola tampar. Bagi aku pantai ni memang sesuai untuk beriadah semua benda ada pendek kata complete dan kena pulak dengan cuaca yang best. 







Dari bondi beach kita jugak boleh pergi ke pantai2 sekitar seperti coogee dan bronte dengan hanya berjalan kaki melalui jalan khas pejalan kaki yang dibina kat tebing tepi pantai (boleh google bondi to coogee walk). Kalau ade masa wajib pergi sebab view die memang cantik. Aku dulu naik bas je pergi pantai lain sebab nak jimat masa satu hari je redah berapa pantai skaligus. Hehe. Pantai2 lain ni pun wajib pergi sebab masing2 ade keunikan sendiri. Dah alang2 sampai kan.



Kat sydney ni terkenal dengan shark. Selalu kita dengar surfer kena gigit dengan shark kan. Haritu aku berpeluang tengok adegan semua orang diarah naik ke pantai secara tiba2 serta merta selepas shark alarm berbunyi. Tetiba semua orang cuak gile sebab ada sorang mamat surfer ni duk main agak jauh ke tengah laut jadi makan masa untuk dia naik ke pantai. Nasib baik takda apa yang berlaku dan dia selamat naik ke darat. Tapi apapun it was a great place and really fun tengok cara orang sana buat activity kat situ. Best and chill. Lepak ngan kawan2, picnic, main volleyball, mandi2, dating.







Selain pantai, dekat Bondi ni ada macam2 cafe dan kedai2 yang menarik. Dah puas ke pantai bolehlah jalan2 kat area cafe2 tu semua dan banyak jugak backpackers hostel ada kat kawasan ni. Sesuai jugak untuk penginapan. Aku pun siap dah plan kalau datang lagi nak merasa duk hostel kat Bondi ni. Dulu kitorang duk di Malaysia Hall. Tak jauh dah dari bondi tapi still kena naik bas lah.







Thats all about Bondi Beach. Lepas ni aku akan tulis pasal pantai dan tempat2 lain pulak di Sydney. Selamat tahun baru Cina dan selamat bercuti.