About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Friday 30 January 2015

KEDAI SEBELAH: Cafe Stylo Dan Makanan Sedap di Kelana Jaya

Dah lama nak pergi baru-baru ni aku berjaya jugak pergi dengan Syada. Kedai sebelah ni ialah sebuah kedai yang cool dan hipster abes lah dan paling best harga makanan kat sini juga agak murah. Dengar nama pun dah rasa macam "eh,hipster lah kedai ni".
Tapi aku memang suka pergi cafe2 macam ni. Tak kira lah hipster ke tak hipster. Yang penting kalau sedap kitorang pasti akan datang lagi. Contohnya macam wondermilk, wood & steel, or village park.

Masuk je kedai diorang pasang lagu Radiohead. Aku dah suka dah. Pastu time nak order tengok harga pulak not bad. Murah jika dibandingkan dengan cafe2 lain. Syada order kuayteow sup dan air suam. Aku pula order hot latte dan chilli cheese fries. Total semua makanan kami ialah rm14. Aku agak kagum dengan harga cafe latte dia iaitu hanya rm4 dan rasanya pun not bad.

Kitorang datang sini mula-mula sebab Syada nak interview Airyn pasal kerja kahwin dia. Tapi tiba-tiba tak jadi sebab Airyn malas nak keluar. So kitorg makan je dulu, lepas tu baru pergi jumpa dia kat rumah kawan dia, Nabila dekat KJ. Apa yang best kat kedai ni bagi aku ialah dekorasi kedainya yang simple dan menarik. Menggunakan perabot terpakai dan barang-barang antik. Makanan pun sedap (apa yang kitorang makan lah). Aku ada terbaca dekat blog lain cakap nasi goreng embah diorang sedap. Tapi hari tu tak sempat try mungkin lain hari. Dan portion makanan diorang agak kecil tapi sesuai dengan harga. Kalau nak banyak order dua. Tapi aku rasa satu pun dah kenyang. Dan semestinya paling best playlist lagu-lagu yang mereka mainkan. Sepanjang kitorang duduk ada lagu Radiohead, Mew dan banyak lagi lagu best yang dimainkan. Aku memang suka konsep kedai yang ade playlist lagu best ni macam The Bee,Topman semua tu. Aku harap satu hari nanti aku akan ada kedai yang aku boleh pasang playlist lagu yang aku suka:)

Kalau nak try boleh datang ke kedai sebelah ni yang beralamat di:

Address: D-G-02, Jalan SS6/20A , Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya


UPDATE: Aku dah try nasi goreng embah. Memang sedap! Terutamanya kalau korang jenis suka makan pedas. Pedas cili padi. Lagi pedas dari Samyang ok. Lol. Anyway, nasi goreng embah ada yang biasa dan special. Beza biasa atau special ialah yang special ada telur mata dan ayam goreng. Yang biasa cuma ada ubi kentang dan keropok.


1 comment:

  1. Hows the food? okay tk? and the price? Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

    >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

    ReplyDelete