About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Wednesday 31 December 2014

PUTRAJAYA SENTRAL:Parking Murah Ke KLIA/KLIA2

Hi. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2014 merupakan tahun yang sedih buat negara kita Malaysia. Macam2 perkara berlaku dalam tahun ni. Antaranya kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri, tragedi MH17 yang aku rasa ada sesuatu yang disembunyikan dan terbaru negara dilanda banjir yang maha dahsyat. Kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang bukan sedikit. Dan negeri yang paling teruk setakat hari ini ialah negeri kelantan. Jika dilihat dari video serta gambar yang dikongsikan di facebook or whatsapp memang amat menyayat hati. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan dan kesusahan mereka menghadapi ujian Allah ini. Sama2 lah kita berdoa dan menderma untuk kemudahan dan kesejahteraan mereka. Semoga musibah ini memberikan kebaikan buat mereka semua. Ada sesuatu yang tuhan janjikan buat mereka. I always believe everything happens for a reason. Dan aku juga merasa agak sedih dengan stigma masyarakat hari ini terutama warga facebook yang pada saat yang sukar ini gemar untuk mengeruhkan keadaan dengan mencari salah orang lain. Ada yang sibuk pasal PM tak prihatin lah, orang lain tak prihatin lah, kerajaan lemah lah, pembangkang menangguk di air keruh lah. Kenapa kita perlu melihat pada orang lain. Dalam waktu2 begini kita tak perlu menuding jari mencari salah orang lain atau apa yang orang lain buat. Pada aku kita perlu fikir apa yang KITA buat. Ada tak kita balik ke kampung tolong orang yang kena banjir, ada tak kita derma kan pakaian atau duit ringgit kepada pertubuhan2 atau orang yang ingin membantu mangsa banjir atau ada tak kita sendiri punya ikhtiar untuk mengutip derma dan pergi ke tempat pemindahan banjir membantu mangsa2 banjir. Ini tak sibuk duk update status di facebook cakap pasal orang lain tak peka, orang lain tak endah. Itu tidak membantu. Kita tidak mampu mengubah orang lain tetapi kita hanya boleh mengubah diri kita. Seperti kata orang yang hebat "everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing him/herself.




Itu mukadimah je. Anyway, aku dah start tulis post ni dari 2014 tapi tak sempat siap jadi hari ni aku sambung balik pada 1.1.2015. Selamat tahun baru semua. Semoga tahun ini jadi tahun yang lebih baik buat kita semua. Sempena hari pertama 2015 ni aku ade beberapa azam baru yang diharapkan berjaya untuk dilaksanakan lah. Antara azam tahun baru aku tahun ni ialah untuk menjadi lebih positif, rajin, ikhlas dan kurus (Lol)! Kurus tu setiap tahun berazam tapi setiap tahun jugak kena carry forward. Susah juga duk malaysia ni banyak sangat makanan sesedap. 

Cerita panjang2 ni sebenarnya nak cerita isi dia pendek je. Hehe. Straight to the point lah. Baru2 ni aku ke Ho Chi Minh City, Vietnam (HCMC) lebih kurang 4 hari. Syada dah pergi dulu sehari awal dengan kawan die michelle (nanti aku cerita pasal hcmc dalam post lain). Aku pun gerak sorang2 lah ke KLIA. Bila travel ni selain tiket flight parking pun penting jugak. Selalunya kalau kitorang travel antara method yang digunakan ialah call teksi datang amek kat rumah (ni selalunya kalau flight tengah malam atau awal pagi. Harga lebih kurang rm100++ sehala dari Sungai Buloh ke KLIA/LCCT/KLIA2. Cara ke dua ialah tinggal kereta kat ofis syada dan naik cab ke KL Central dan ambil ERL (naek bas pun boleh tapi kitorg selalunya memang lambat jadi nak cepat sampai kena naik ERL lah). Harga ERL lebih kurang rm35 to KLIA sehala dan bas lebih kurang rm9 sehala. Cara ketiga ialah drive terus sampai ke airport dan parking kat sana. Cara ni memang paling cepat dan mudah tetapi paling mahal. Normal rate kitorg kena selalunya memang rm100++ samaada LCCT atau KLIA. KLIA2 tak pernah try lagi. Dan cara terkini yang aku jumpe untuk jimat duit parking ialah parking di PUTRAJAYA CENTRAL. Yes. Masa nak ke HCMC haritu aku google2 lah parking murah klia bla bla bla. Sekali terjumpa satu blog ni. Die cakap parking kat Putrajaya Sentral lepastu naik ERL ke KLIA/KLIA2. Aku pun cuba lah haritu. Seriously memang murah gile. Total parking dan ERL rm28.4o SAHAJA. Diulangi rm28.40 SAHAJA. Selama 4 hari. Memang jimat lah kan. Kalau park kat KLIA mau kena rm200 kot. Tapi kite kena drive dan cari Putrajaya Sentral lah. Tak susah mane aku ikot waze je haritu. Cuma perlu keluar awal sket dan tau train schedule. Perjalanan dari PS ke KLIA pun tak lama. Bagi aku this is the best way untuk jimat parking lah. Tapi kalau duit banyak dan tak nak jimat boleh je park tros kat airport. Lol. Hope post kali ni dapat membantu korang berjimat dan terus travel ke destinasi2 idaman masing2. Terima kasih kepada blog yang berkongsi tips ni haritu (lupa nama). Jika ada sebarang pertanyaan boleh bertanya di ruangan komen di bawah atau nak lebih cepat follow aku di instagram dan get in touch. My most active social media is instragram :) Terima kasih kerana sudi membaca. Have a good day! 
Selamat tahun baru 2015! 

Terminal Putrajaya Sentral yang awesome 
Dalam train ERL orang agak ramai masa aku naik
Aku suka snap gambar stranger
Tempat menunggu ke arah KLIA/KLIA2
Train dah sampai. lets go to the airport everybody!
Guess what as you can see harga parking aku ialah rm14 sahaja dan ticket train RM6.20 sampai KLIA. Total semua sekali jadi rm14+rm12.40=rm28.40 sahaja. hmm. Aku park dari 24-28 december 2014. hmm.
Harga tiket dari Putrajaya Sentral ialah RM6.20 sehala
Jadual perjalanan terkini train aku ambil dari google. Untuk lebih kepastian boleh call terus untuk tanya mereka.

Saturday 13 December 2014

Nasi Kandar Sedap dan Murah di Bangsar: Anuar Fish Head Curry Corner

Hello everyone,

Post hari ini tentang makanan kegemaran rakyat malaysia iaitu nasi kandar. Sebut pasal nasi kandar mesti dalam kepala terus terbayang Penang kan. Penang merupakan pengeluar nasi kandar yang paling popular kot. Antara nasi kandar yang femes kat Penang termasuklah Line clear, Beratur, Kayu Nasi Kandar dan Hameediyah. Selain Penang sebenarnya negeri-negeri lain pun ada juga nasi kandar yang terkenal antaranya di Ipoh dengan Nasi Ganja atau Vanggey nya, di Shah Alam dengan Nasi Hakim dan macam-macam lagi, di Kuantan dengan Restoran Alif dan banyak lagi nasi kandar di negeri2 lain di Malaysia ni. Kalau dah kat negeri2 lain pun banyak apatah lagi kat KL ni betoi dak.

Nasi Kandar Hameediyah di Penang

Nasi Kandar di Ali Maju Sri Rampai
Jadi hari ni aku nak review pasal satu kedai nasi kandar yang rare sebab kedai dia cuma sebuah gerai di tepi jalan tapi orang ramai sampai beratur lah terutamanya time lunch break. Kedai nasi kandar ni namanya ialah Anuar Fish Head Curry Corner dan terletak di Bangsar Lucky Garden berdekatan dengan Restoran Syed Bistro. Aku baru tau nama dia bila aku nak tulis blog ni. Lol. Aku pernah makan kat sini 2-3 kali jugak. Dan hari ni buat ke sekian kalinya aku makan lagi sekali. Lepas solat jumaat aku nak hantar syada ke ofis dan kitorang decide nak makan dulu. Fikir punya fikir mula2 ingat nak pergi makan kat Nirwana Maju tapi macam malas nak pusing2 cari parking so kitorang pun decide untuk ke kedai rare ni je. Tapi kat sini pun susah jugak parkingnya nasib lah kitorg dapat senang pulak hari ni. Menu kat kedai ni simple je. Ade kari kepala ikan,ayam goreng, sotong goreng,ikan goreng dan sayur taugeh. Aku beratur untuk ambil makanan sementara Syada pula duduk cop meja. Meja kat sini memang selalu penuh. Kadang2 kita kena kongsi duduk dengan orang lain atau pun bungkus je. 
Pengunjung beratur untuk ambil makanan
Setiap kali makan kat sini aku tak pernah ambil lauk lain selain ayam goreng dan sotong. Lol. Jadi hari ni pun menu sama jugak. Aku punya lauk ayam, syada punya lauk sotong yang mana akhirnya aku jugak yang habiskan semuanya. Hehe. Air pulak kitorg minum teh o ais. Aku tak pasti ade air lain ke tak kat sini tapi selalunya memang aku akan order air suam atau teh o ais je. Apa yang istimewa kat kedai ni ialah lauknya yang boleh dikategorikan sedap jugak. Karinya memang menyengat sampai melekat di jari tapi jangan risau ada sabun dekat sinki. Ayam goreng dan sotong goreng memang sedap lain dari yang lain. Taugeh aku tak tau sebab aku tak makan sayur. Kari kepala ikan dia aku tak pernah try tapi dari apa yang aku baca kat blog lain diorang kata sedap jugak. Dan yang paling best harga dia sangat murah tak jumpe kat tempat lain. Nasi kandar kan selalunya mahal. Mostly kalau nasi dan ayam goreng je aku rasa paling murah mungkin rm4 kot. Tapi kat sini nasi dan ayam goreng hanya berharga rm3. Aku masa mula2 try dulu pun macam tak percaya. 2 orang makan sekali pergi bayar rm6. Whattt? Why so murah? Lol. Tapi itulah hakikatnya even kat KL masih ada lagi kedai yang murah. Mungkin ownernya nak buat amal jariah juga kot. Selain berniaga mungkin dia juga nak bersedekah. Total makanan kami hari ini ialah rm16. Mahal sket lah sebab ambil sotong 2 ekor sekali ngan nasi rm11. Lagi rm5 ialah nasi+ayam goreng dan 2 teh o ais. Murah kan? 



Kalau korang nak try boleh lah berkunjung ke kedai rare ni yang terletak di tepi jalan di bawah pokok di belakang restoran syed bistro di Bangsar Lucky Garden. Kalau tak tau Syed Bistro kat mana die terletak di belakang2 Restoran Mahbub. Selamat mencuba dan ceritakan pengalaman korang pula. Have a good day:)

Update: Aku dah try kari kepala ikan kat sini beberapa kali. Memang terangkat. Tapi pastikan makan ramai-ramai sebab kepala ikannya sangat besar. Harga bermula dari serendah rm20 bergantung pada size dan jenis ikan. Ada ikan siakap, merah, kerapu dan macam-macam lagi. Dan yang bestnya masa bulan puasa haritu kami sempat ke sana untuk bungkus kari kepala ikan, taukenya Anuar siap bagi free beberapa ketul ayam goreng. Semoga beliau dimurahkan rezeki. Hehe

Thursday 4 December 2014

Phuket, Thailand: Bulan madu selepas berkahwin

Assalamualaikum dan hello

Hari ini aku decided to start blogging especially about my travel experience yang aku rasa aku dah lama nak kongsi dekat blog ni. Aku start travel sejak dari zaman belajar kat Uitm lagi. Traveling has been my passion before i get married dan menjadi lebih teruk selepas berkahwin dengan isteri yang juga suka travel. I will try to share and write anything i remember dan dapat memberi manfaat kepada korang semua for your next travel. Let us start with my first journey!

Aku dan isteri (Syada) di sebuah Backpackers di Penang
Santorini Of the East, Busan South Korea
Shibuya Crossing, Tokyo
Namba Walk, Osaka, Japan
First time berjalan ke luar negara ialah ke Singapore time study kat UiTM. Satu pergi tengok Muse lagi  satu ke baybeats tahun 2007 kalau tak salah. Time tu pergi naik train je lah dari KL Sentral. Tak sure ada lagi ke tak sekarang ni. Tapi that time naik malam lebih kurang jam 10 dan sampai singapore lebih kurang 8-9 pagi jugak kot. Best jugak naik train ni. Nak2 lagi kalau ramai2 memang syok. Ade kantin so boleh lah lepak2 chill sebelum tidur. Kitorang ambil katil lebih kurang rm100 kot harga untuk seorang. Jimat tapi masa lama la nak sampai ke destinasi. Kalau naik flight harga agak mahal tapi masa dapat jimat banyak. Zaman belajar mana ada duit sangat kan. Masa banyak lah. Lol.



Muse Live in Singapore 2007
Tiket Concert muse time ni berharga sebulan makan masa kat Uitm. Haha
Aku pergi concert muse ni kat Singapore dan KL tapi di singapore jauh lagi best dari segi pengurusan dan crowd attitude. Nora bagi 4 bintang!

Untuk first blog post ni aku nak cerita kisah perjalanan ke luar negara yang pertama selepas kahwin. Time merancang nak kahwin aku rasa perkara pertama yang kitorang buat ialah beli tiket honeymoon. Haha. Setahun lagi nak kahwin tiket honeymoon dah beli. Aku dan Syada isteri aku telah membeli tiket Air Asia ke PHUKET. Sepanjang travel ni bab2 tiket memang Syada lah yang akan book or alert bila ada time murah. Die mmg terel bab2 booking flight tiket dan hotel/hostel ni. Aku malas sket bab2 booking ni tapi berjalan nak. Hehe. So aku punye tugas pulak fikir dan google destinasi/itinerary/aktiviti ape nak buat dan mane tempat nak pergi kat sane nanti.


This is stranger
Kami berlepas dari LCCT
View dari atas Air Asia
Nice view captured
Dipendekkan cerita maka sampai lah hari untuk kami berangkat ke Phuket. Sebelum pergi kitorang dah google pasal transport/taxi/hotel and everything. So we decided to stay area patong beach. Kitorang stay kt Palmyra Hotel. Hotel ni pada aku just nice lah untuk kitorang berhoneymoon. Murah and best. Recommended! Ok kite cite pasal hotel sket. Hotel ni berada di patong. Tapi agak pinggir Patong Beach yang mane kite kene jalan jauh sikit lah nak ke pantai. Tapi masih dalam walking distance. Dekat jugak dengan shopping mall Jung Ceylon. And ade banyak kedai2 jugak sekitar hotel tu macam 7eleven. Bilik yang kitorang ambik aku lupa dah jenis ape tapi agak luas dan bersih dan semua alatan berfungsi dengan baik. Ade swimming pool yang agak cool dan best sempat jugak kitorang mandi time hujan dan tak boleh nak keluar. And they also provide breakfast. Kitorg makan roti, telur, cereal dan susu. selain dari menu itu, diorang ade sediakan nasi goreng, sosej, fruit juice and macam2 lagi.


Swimming Pool
View dari bilik kami
View dari tempat breakfast
The tourist
Breakfast at Palmyra
Receptionist yang friendly
Ok bile travel bagi orang islam ni mesti kite risau ade tak makanan halal ni. Betol x? Dkt area patong ni anda jangan risau. Banyak kedai yg jual makanan halal tapi kene hati2 and pilih2 jugak lah. Dekat dengan Palmyra ni ade satu kedai orang pattani kot jual makanan goreng2 dan tomyam. Dekat food court dalam shopping mall pun ade 2-3 kedai halal. Paling sedap ade kebab yang jual kat tepi jalan nak ke pantai dari hotel. Peh terbaik sampai hari ni aku ingat kebab die. And ade banyak jugak lah kedai Arab, Pakistan dan Indian yang jual halal food. Range harga bergantung pada kedai tersebut. Tapi aku rasa kedai2 arab semua tu harganya mahal sket.

Jung Ceylon ade foodcourt yang jual halal food
Makanan dari food court di Jung Ceylon our first meal in phuket
Saje letak nasi Airasia sebab tak banyak gambar makanan
About Patong pula. Patong terkenal kerana Patong Beach la kot. And patong ni pernah dilanda tsunami aku ade tengok kat youtube rasanya tahun 2003/04 macam tu lah. Agak teruk juga tsunami tu kalau tengok dalam video tu. Antara satu sebabnye mungkin kerana aktiviti tak sehat yang berlaku kat patong ni. Lol. Patong ade satu tempat maksiat yang jarang ade kat tempat laen. Name tempat tu ialah Bangla Road. Jalan menuju ke pantai jugak. Bile malam je Bangla Road ni memang meriah dengan aktiviti pelacuran perempuan dan juga pondan2. Nama je Bangla tapi mostly orang thailand yang menjalankan aktiviti di situ. Aku pun tak tau kenapa namanya Bangla Road. Di Bangla Road ni terdapat pelbagai jenis kelab mengikut jenis masing2. Bile kite masuk je jalan2 kat bangla road ni kite akan nampak macam2 dah kt luar tu. Tarian tiang lah, Aktiviti jual beli tubuh badan lah, pompuan duk dalam cermin lah dan macam2 lg. Itu keistimewaan patong yang xde kat tmpat laen kot. Kitorang pusing2 sekejap lepas tu pergi layan live band kat ade satu rock club kat situ. Selain kelab2 tu patong ni best untuk pergi massage. Massage di thailand memang murah dan terbaik tak kira lah kat bangkok ke krabi ke phuket ke. Rm20 untuk sejam. Memang berbaloi.
Patong siang hari
Jalan di Patong
Kelab-kelab di Bangla Road
Tarian tiang
Kupu-kupu malam beraksi
Pengunjung di Bangla Road memang ramai
Tinggalkan suami anda di sini
Bangla road view
Selain itu, aktiviti yang paling best kat patong mestilah island hopping. Tapi yang kurang bestnye time kitorg pergi tu off season maksudnye bukan waktu yang sesuai untuk datang patong. Bln 5-6 mcmtu musim hujan kat sane. Tapi nasib kitorang baik jugak lah sebabnye hari yang kitorang plan untuk island hopping tu ade boat yang dah berani jalan. 2 hari sebelum tu memang tutup teros takde boat yang berani keluar. Kitorg ingat nak ambik speed boat tapi sebab ombak masih kuat lagi semua orang kena naik big boat. Kitorg booking di kedai dekat ngan area pantai untuk naek esoknya. harganya lebih kurang rm100 kot. So esoknya pagi2 diorg amek kat hotel dan bawak pergi ke jeti naik van. Dalam van kitorang tu ade jugak kapel2 lain dari hotel2 lain yg akan naik boat sekali.
View atas boat kita bole keluar tengok2 and amek gambar
Selipar aku yang dah hancur sekarang
Boleh lepak sembang2 kat depan boat
You can go anywhere you want
Air laut tak nampak biru sebab musim hujan
Sembang lagi
Ni Mike the captain dia pindah duk thailand semata-mata nak keje ni dan dia happy
Penumpang2 boat selain dari kami
Semua pakai poncho sebab hujan memang lebat

View from our boat
View dari bontot boat
Ok ape yang kite dpt dgn boat ni ialah kite dibawa untuk island hopping ke beberapa pulau kecil dan tempat2 menarik sekitar phuket. Sepatutnye ade aktiviti renang and snorkeling tapi sebab hujan maka ianya tak dapat dijalankan. Kitorg hanya ade aktiviti berkayak dan pergi melihat2 tempat yang menarik macam kampung orang laut macam tu then james bond island tempat james bond shoot cite satu masa dulu. Atas boat pula disediakan air mineral and coke yang kita boleh amik bile2 mase je yang kite nak dan diorang juga sediakan makan tengah hari yang di masak oleh krew2 boat and makan kat atas boat tu je. Aku tanya dengan sorang krew boat ni namanya Daki halal ke makanan tu pastu die cakap "all halal i am a muslim too". kitorang pun berani lah sket nak amek ayam bagai. kalau tak makan nasi je lah xde lauk. lol.