About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Thursday 4 December 2014

Phuket, Thailand: Bulan madu selepas berkahwin

Assalamualaikum dan hello

Hari ini aku decided to start blogging especially about my travel experience yang aku rasa aku dah lama nak kongsi dekat blog ni. Aku start travel sejak dari zaman belajar kat Uitm lagi. Traveling has been my passion before i get married dan menjadi lebih teruk selepas berkahwin dengan isteri yang juga suka travel. I will try to share and write anything i remember dan dapat memberi manfaat kepada korang semua for your next travel. Let us start with my first journey!

Aku dan isteri (Syada) di sebuah Backpackers di Penang
Santorini Of the East, Busan South Korea
Shibuya Crossing, Tokyo
Namba Walk, Osaka, Japan
First time berjalan ke luar negara ialah ke Singapore time study kat UiTM. Satu pergi tengok Muse lagi  satu ke baybeats tahun 2007 kalau tak salah. Time tu pergi naik train je lah dari KL Sentral. Tak sure ada lagi ke tak sekarang ni. Tapi that time naik malam lebih kurang jam 10 dan sampai singapore lebih kurang 8-9 pagi jugak kot. Best jugak naik train ni. Nak2 lagi kalau ramai2 memang syok. Ade kantin so boleh lah lepak2 chill sebelum tidur. Kitorang ambil katil lebih kurang rm100 kot harga untuk seorang. Jimat tapi masa lama la nak sampai ke destinasi. Kalau naik flight harga agak mahal tapi masa dapat jimat banyak. Zaman belajar mana ada duit sangat kan. Masa banyak lah. Lol.



Muse Live in Singapore 2007
Tiket Concert muse time ni berharga sebulan makan masa kat Uitm. Haha
Aku pergi concert muse ni kat Singapore dan KL tapi di singapore jauh lagi best dari segi pengurusan dan crowd attitude. Nora bagi 4 bintang!

Untuk first blog post ni aku nak cerita kisah perjalanan ke luar negara yang pertama selepas kahwin. Time merancang nak kahwin aku rasa perkara pertama yang kitorang buat ialah beli tiket honeymoon. Haha. Setahun lagi nak kahwin tiket honeymoon dah beli. Aku dan Syada isteri aku telah membeli tiket Air Asia ke PHUKET. Sepanjang travel ni bab2 tiket memang Syada lah yang akan book or alert bila ada time murah. Die mmg terel bab2 booking flight tiket dan hotel/hostel ni. Aku malas sket bab2 booking ni tapi berjalan nak. Hehe. So aku punye tugas pulak fikir dan google destinasi/itinerary/aktiviti ape nak buat dan mane tempat nak pergi kat sane nanti.


This is stranger
Kami berlepas dari LCCT
View dari atas Air Asia
Nice view captured
Dipendekkan cerita maka sampai lah hari untuk kami berangkat ke Phuket. Sebelum pergi kitorang dah google pasal transport/taxi/hotel and everything. So we decided to stay area patong beach. Kitorang stay kt Palmyra Hotel. Hotel ni pada aku just nice lah untuk kitorang berhoneymoon. Murah and best. Recommended! Ok kite cite pasal hotel sket. Hotel ni berada di patong. Tapi agak pinggir Patong Beach yang mane kite kene jalan jauh sikit lah nak ke pantai. Tapi masih dalam walking distance. Dekat jugak dengan shopping mall Jung Ceylon. And ade banyak kedai2 jugak sekitar hotel tu macam 7eleven. Bilik yang kitorang ambik aku lupa dah jenis ape tapi agak luas dan bersih dan semua alatan berfungsi dengan baik. Ade swimming pool yang agak cool dan best sempat jugak kitorang mandi time hujan dan tak boleh nak keluar. And they also provide breakfast. Kitorg makan roti, telur, cereal dan susu. selain dari menu itu, diorang ade sediakan nasi goreng, sosej, fruit juice and macam2 lagi.


Swimming Pool
View dari bilik kami
View dari tempat breakfast
The tourist
Breakfast at Palmyra
Receptionist yang friendly
Ok bile travel bagi orang islam ni mesti kite risau ade tak makanan halal ni. Betol x? Dkt area patong ni anda jangan risau. Banyak kedai yg jual makanan halal tapi kene hati2 and pilih2 jugak lah. Dekat dengan Palmyra ni ade satu kedai orang pattani kot jual makanan goreng2 dan tomyam. Dekat food court dalam shopping mall pun ade 2-3 kedai halal. Paling sedap ade kebab yang jual kat tepi jalan nak ke pantai dari hotel. Peh terbaik sampai hari ni aku ingat kebab die. And ade banyak jugak lah kedai Arab, Pakistan dan Indian yang jual halal food. Range harga bergantung pada kedai tersebut. Tapi aku rasa kedai2 arab semua tu harganya mahal sket.

Jung Ceylon ade foodcourt yang jual halal food
Makanan dari food court di Jung Ceylon our first meal in phuket
Saje letak nasi Airasia sebab tak banyak gambar makanan
About Patong pula. Patong terkenal kerana Patong Beach la kot. And patong ni pernah dilanda tsunami aku ade tengok kat youtube rasanya tahun 2003/04 macam tu lah. Agak teruk juga tsunami tu kalau tengok dalam video tu. Antara satu sebabnye mungkin kerana aktiviti tak sehat yang berlaku kat patong ni. Lol. Patong ade satu tempat maksiat yang jarang ade kat tempat laen. Name tempat tu ialah Bangla Road. Jalan menuju ke pantai jugak. Bile malam je Bangla Road ni memang meriah dengan aktiviti pelacuran perempuan dan juga pondan2. Nama je Bangla tapi mostly orang thailand yang menjalankan aktiviti di situ. Aku pun tak tau kenapa namanya Bangla Road. Di Bangla Road ni terdapat pelbagai jenis kelab mengikut jenis masing2. Bile kite masuk je jalan2 kat bangla road ni kite akan nampak macam2 dah kt luar tu. Tarian tiang lah, Aktiviti jual beli tubuh badan lah, pompuan duk dalam cermin lah dan macam2 lg. Itu keistimewaan patong yang xde kat tmpat laen kot. Kitorang pusing2 sekejap lepas tu pergi layan live band kat ade satu rock club kat situ. Selain kelab2 tu patong ni best untuk pergi massage. Massage di thailand memang murah dan terbaik tak kira lah kat bangkok ke krabi ke phuket ke. Rm20 untuk sejam. Memang berbaloi.
Patong siang hari
Jalan di Patong
Kelab-kelab di Bangla Road
Tarian tiang
Kupu-kupu malam beraksi
Pengunjung di Bangla Road memang ramai
Tinggalkan suami anda di sini
Bangla road view
Selain itu, aktiviti yang paling best kat patong mestilah island hopping. Tapi yang kurang bestnye time kitorg pergi tu off season maksudnye bukan waktu yang sesuai untuk datang patong. Bln 5-6 mcmtu musim hujan kat sane. Tapi nasib kitorang baik jugak lah sebabnye hari yang kitorang plan untuk island hopping tu ade boat yang dah berani jalan. 2 hari sebelum tu memang tutup teros takde boat yang berani keluar. Kitorg ingat nak ambik speed boat tapi sebab ombak masih kuat lagi semua orang kena naik big boat. Kitorg booking di kedai dekat ngan area pantai untuk naek esoknya. harganya lebih kurang rm100 kot. So esoknya pagi2 diorg amek kat hotel dan bawak pergi ke jeti naik van. Dalam van kitorang tu ade jugak kapel2 lain dari hotel2 lain yg akan naik boat sekali.
View atas boat kita bole keluar tengok2 and amek gambar
Selipar aku yang dah hancur sekarang
Boleh lepak sembang2 kat depan boat
You can go anywhere you want
Air laut tak nampak biru sebab musim hujan
Sembang lagi
Ni Mike the captain dia pindah duk thailand semata-mata nak keje ni dan dia happy
Penumpang2 boat selain dari kami
Semua pakai poncho sebab hujan memang lebat

View from our boat
View dari bontot boat
Ok ape yang kite dpt dgn boat ni ialah kite dibawa untuk island hopping ke beberapa pulau kecil dan tempat2 menarik sekitar phuket. Sepatutnye ade aktiviti renang and snorkeling tapi sebab hujan maka ianya tak dapat dijalankan. Kitorg hanya ade aktiviti berkayak dan pergi melihat2 tempat yang menarik macam kampung orang laut macam tu then james bond island tempat james bond shoot cite satu masa dulu. Atas boat pula disediakan air mineral and coke yang kita boleh amik bile2 mase je yang kite nak dan diorang juga sediakan makan tengah hari yang di masak oleh krew2 boat and makan kat atas boat tu je. Aku tanya dengan sorang krew boat ni namanya Daki halal ke makanan tu pastu die cakap "all halal i am a muslim too". kitorang pun berani lah sket nak amek ayam bagai. kalau tak makan nasi je lah xde lauk. lol.


No comments:

Post a Comment