About places & food! Thank you for dropping by. Regards, Zharm Muhamad

Saturday 1 October 2016

Nasi Lemak Village Park: Nasi Lemak Sedap untuk breakfast di Damansara/Lembah klang!


Hello dan selamat hari raya everyone,
Macam mana dengan raya anda? Raya kali ni rasa macam ada yang kurang bagi aku sebab tak jumpa lemang lagi walaupun dah raya ke berapa ni. sedih! Tapi agak best sebab aku balik ke KL awal so raya ke 3 dah pergi breakfast nasi lemak di kedai favourite aku iaitu di Village Park Uptown Damansara.
So far this is the best nasi lemak aku pernah makan di KL. Tak tahu kalau ada yang lagi sedap tapi nasi lemak di Village Park pada aku mempunyai pakej sebagai nasi lemak yang lengkap. Nasi lemak nya dikukus dengan cukup enak, sambalnya pula pekat dan sedikit pedas juga cukup rasa, bahan-bahan asas nasi lemak lain seperti kacang, ikan bilis, timun dan telur rebus juga lengkap terhidang. Semua bahan-bahan tersebut juga segar dan rangup terutamanya ikan bilis dan kacangnya.

Namun begitu, yang paling mengancam sekali sudah semestinya ayam gorengnya. Ayam gorengnya mempunyai rasa ayam goreng berempah tersendiri. Kemudian, digoreng sehingga garing tepungnya melahirkan rasa tepung yang rangup. Ayam tersebut sentiasa panas disebabkan perlu sentiasa "direfill" sebab cepat sangat habisnya. Lol. 
Kalau anda jenis yang kurang sabar disarankan jangan pergi time peak hour. Peak hour ialah ketika waktu breakfast sekitar jam 8-11 pagi. Orang memang beratur panjang dan kadang-kadang siap kena tunggu orang lain yang dah habis makan bangun. Atau pun kalau datang 2 orang je boleh berkongsi meja dengan orang lain yang duduk berdua jugak. ha macamtulah. Sebab tulah ayam dia sentiasa panas. bila angkat je sebakul kejap je dah habis.
Anyway, selain nasi lemak, menu-menu lain pun sedap jugak. Syada suka nasi dagang dia. Selain itu, mee kari pun ok jugak. Mee kari macam di Village Park ni dah jarang jumpa kat tempat lain. Bahan-bahan yang ada dalam mee kari ni memang lengkap untuk semangkuk mee kari. Kadang-kadang bila makan mee kari kat tempat lain, dah takde nak jumpa kerang, tauhu atau fishcake, tapi kat sini masih ada semua yang patut ada dalam semangkuk mee kari. Kalau nak cuba menu lain, ada juga mee sup, kuih-muih tradisional dan lauk-pauk untuk dimakan dengan nasi putih.
Untuk air pula, yang paling famous kat sini ialah "Milo Dinasour", milo yang diblend dengan ais dan ditabur dengan milo di atasnya. selain menu air biasa seperti teh tarik, nescafe, sirap bandung dan sebagainya.
Harga bagi makanan di sini mungkin agak mahal jika dikira untuk satu kali breakfast. tapi sebenarnya agak berbaloi kerana portionnya juga agak besar. Harga bagi sepinggan nasi lemak dengan ayam goreng ialah rm9.00 dan harga segelas milo dinasour ialah rm5.80.

Yang menariknya juga, di kedai ini digantung gambar ownernya bersama selebriti, ahli sukan, ahli politik dan macam-macam gambar orang terkenal yang datang makan di sini. Nampak tak betapa sedapnya sampai public figure pun sanggup bersesak untuk mendapatkan sepinggan nasi lemak di Village Park. Antara figura terkenal yang pernah singgah makan di sini ialah Tun Dr Mahathir, Dato Seri Najib dan Isteri, Dato Lee Chong Wei dan Neelofa.




Village Park Famous Nasi Lemak Uptown Damansara Address and Contact:
5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Village Park Famous Nasi Lemak Uptown Damansara Opening Hour:
7am – 8pm (Mon-Sat)
7am – 6pm (Sun)

No comments:

Post a Comment